Sempena cuti sekolah bulan 12, kami jalan-jalan ke Cameron Highland. Kali terakhir ke sini, sebelum kahwin. Sekarang anak dah 3 😂.
Kami menginap di Snooze Too Hotel, Brinchang. Untuk keluarga kecil kami, saiz bilik ok. Tapi bilik yang ada cuma sediakan 1 katil King, jadi kami bawa tilam angin 1. Ruang yang ada muat untuk letak 1 lagi tilam single & ada sedikit ruang juga untuk solat.
Hari pertama
1) Berjalan di sekitar Pekan Tanah Rata.
Hujan turun dengan sangat lebat pada waktu malam. Memang dah dijangka sebab dah semak ramalan cuaca, memang hujan sepanjang hari. Tapi Alhamdulillah, dalam perjalanan cuaca baik.
Centrum ni mall yang agak baru di Brinchang. Kalau dari hotel kami, jalan kaki dalam 5 minit je. Ada banyak kedai makan yang biasa kita jumpa di mall2 lain (Marrybrown, ZUS Coffee, coffee bean dll.). Kalau nak cari barang keperluan, ada Billion juga di sini. Dekat sini juga banyak tempat untuk tangkap gambar.
1) Sarapan pagi & melawat Taman Agroteknologi MARDI
Bayaran masuk untuk dewasa: RM 6.50
Bayaran masuk untuk kanak-kanak 7 tahun ke atas: RM 2.50
Kanak-kanak bawah 7 tahun, masuk percuma
Di sini ada 1 warung sarapan pagi. Harga makanan pun ok. Makanan semua dah siap berbungkus. Kami beli bihun goreng dan nasi lemak. Harga dalam RM 4 sebungkus. Selain tu, ada juga jual pau, scones, dan mee goreng. Yang popular di sini adalah teh tarik RM 1.
Kalau datang cameron tapi ada masa yang terhad, boleh pergi ke sini je. Dekat sini dah ada ladang teh, ladang strawberi, pokok2 bunga, taman rama-rama & mini zoo. Dekat mini zoo ada kambing biri2, itik, rusa dan arnab. Kalau nak masuk dalam kandang arnab & beri makan, bayarannya RM3/orang. Cumanya dekat sini tak boleh petik strawberi. Boleh tengok dari luar pagar sahaja.
2. Cameron Highland Butterfly Park
Berhadapan dengan cafe, ada playground |
Pokok tomato |
Dah tengah hari, baru keluar dari sini. Tu pun tak habis pusing dekat kebun bunga sebab dah penat nak jalan 😌 Lepas tu, kami singgah KHM Strawberries & Jam sebab nak beli nasi lemak sambal strawberi & scones. Nasi lemak dia sedap. Sambal strawberi tu memang ada buah strawberi sebiji-sebiji. Rasa mcm makan acar strawberi sambalnya. Scone dekat KHM ni sangat buttery dan berlemak. Sedap makan dengan jam strawberi dia. Lupa pulak, aiskrim dia pun sedap. aiskrim strawberi tp tak manis. Jadi, dia letak topping sos strawberi manis. Aiskrim tu lembut sgt. Kalau dah cair, frozenkan balik pun still sedap. Kami bungkus je sebab kalau nak makan dekat cafe dia ramaiii orang.
Destinasi seterusnya, kami ke butterfly park. Dekat cameron ni kalau google ada 2 ke 3 taman rama-rama. Tapi kami pergi yang butterfly park. Sebelah dia ada Butterfly Farm.
Tiket masuk untuk dewasa RM 10
Tiket masuk kanak-kanak 6 tahun ke atas RM 5
Bawah 6 tahun masuk percuma
Dalam ni, rama-rama lebih mesra. Ada signboard cakap jangan tangkap rama-rama tapi kalau pegang rama-rama tu, dia tak lari pun. Kalau nak bergambar pegang rama-rama, boleh la tambah taman rama-rama ni dalam destinasi.
kambing dekat sini tak boleh bagi makan. Boleh tengok dari luar kandang je |
Australian kangaroo pun ada di sini |
landak |
3. Ee Feng Gu Bee Farm
Kemudian kami ke Bee farm. Masuk percuma cumanya tak ada apa yang menarik sangat dekat sini. Boleh tengok lebah di rumah dia dan tangkap gambar sahaja. Maze tutup masa kami datang. Di kedai cenderahati, ada juga jual madu dan produk daripada madu tapi harga agak mahal. Kami beli lolipop madu. Satu plastik ada dalam 10 batang untuk RM15.
Hari ketiga
Malamnya kami ke Centrum lagi sebab dah janji dengan anak2 nak naik London bus. Bayaran untuk bus ni RM10/kanak-kanak. Penjaga tak perlu bayar. Kami makan malam di Restoran Sinar Hijaz dalam Centrum. Ada juga steambot dekat restoran ni tapi kami cuma order sup & tomyam. Rasa makanannya ok je lah untuk makan bagi kenyang bukan nak sedap.
Hari ketiga
1) Sarapan di Opah Strawberries & Jams
Pagi terakhir di Cameron, kami sarapan di Opah Strawberries & Jams. Kami cuba 3 jenis scones dari 8 jenis(kalau tak silap). Scone di sini semuanya cheese based. Yang kami pilih chocolate chip, strawberi & coffee. Suami cakap coffee tu sedap (dia makan semua. Sedap sangat kot sampai tak ingat nak bagi rasa 😌). Scone chocolate chip & strawberry tu biasa je rasa dia. Scone dekat sini lebih rapuh dari scone KHM dan kurang berlemak rasa butternya. Kami tak order nasi lemak dah sebab semalam dah makan nasi lemak sambal strawberi. Mee kari pun sedap & banyak portionnya. Boleh share 2 orang.
Selepas sarapan, kami balik ke hotel untuk kemas barang & check out. Kemudian kami ke Time Tunnel Museum.
Bayaran masuk dewasa RM 8
Bayaran masuk kanak-kanak RM 5
2 Tahun ke bawah masuk percuma
Kalkulator zaman dulu |
Dalam muzium ni ada pameran barang2 lama dan ada juga cerita sedikit sejarah mengenai Cameron Highland. Untuk anak-anak agak menarik sebab dapat lihat TV, seterika, mesin jahit zaman dahulu. Dapat tengok juga susu abi minum masa kecil2 😆
3) Healthy Strawberry Farm
Kalau pergi Cameron musim hujan, buah strawberi tak banyak. Kata peniaga dekat Tanah Rata, sebab bunga banyak gugur bila hujan. Jadi, banyak ladang strawberi yang tak bagi pengunjung kutip buah strawberi. Healthy Strawberry Farm ni antara yang bagi pengunjung kutip buah strawberi. Rate dia 1/2kg RM35. Kalau terlebih, kena bayar yang lebih tu. Kami tak pergi kutip straberi pun haritu. Cuma order waffle jam strawberi + aiskrim & milkshake strawberi. Dekat ladang ni tak banyak pilihan makanan. Cuma ada waffle, milkshake, dan strawberi dengan coklat/whipped cream je. Jadi kalau nak makan makanan berasaskan strawberi mungkin boleh pergi ladang lain. Dekat sini juga ada jual aiskrim malaysia strawberi. Tapi manis sangat. Anak-anak kata rasa macam jam strawberi & diorang suka (betul rasa macam makan jam strawberi manis dia 😂). Untuk mak2 ni mungkin tak minat manis macam tu.
Ada jual bunga juga dekat sini |
2 waffle aiskrim & 1 milkshake harganya dalam RM30+ |
4) Cameron Tea Valley 2
Tempat terakhir kami singgah di Cameron Tea Valley 2. Cameron Tea Valley ni ada 3. Yang dekat dengan Brinchang valley 1 & 2. Valley 2 tempat parking lebih banyak tapi tempat jalan dekat ladang teh tak ada sungai dll. Kalau rajin boleh lah jalan sampai ke tengah tapi kami jalan turun tangga sikit je (tu pun mengah nak naik balik tangga tu. Tinggiiiii). Kenapa tak pergi Ladang Teh Boh? Antaranya sebab baca review susah nak drive ke sana. Jalannya sempit. Tapi sebab utama tak pergi sebab jauh dari Brinchang dan plannya nak masuk tengok kilang pemprosesan teh. Tapi sekarang dah tak buka untuk pelawat. Jadi, sebab nak tangkap gambar & tunjuk dekat anak2 pokok teh je, pergi yang dekat je lah.
Tak ada nak recommend makanan dekat sini sebab kami pun cuma order teh masala, strawberry cheesecake & nuget. Semua biasa2 je rasa dia. Lepas makan, singgah kedai Bharat tea sebelah cafe dia. Dekat sini kami beli beberapa jenis teh untuk bagi souvenir (Teh masala, Lemon, Anggur, Laici & pic). Bila dekat rumah buat teh masala tu, sedap pulak (bancuh air panas, tambah susu pekat & susu segar). Dah la beli sekotak je sebab masa dekat cafe rasa biasa je. Kalau ada rezeki pergi lagi, memang dah plan nak beli teh ni lagi.
Nak masuk ladang teh ni kena bayar RM 3 untuk dewasa. Kanak-kanak bawah 12 tahun, percuma.
Sebelum balik, pesan dekat suami nak beli bouquet rose. Jumpa juga sejambak 5 kuntum ni otw turun nak ke Ringlet. Sejambak RM10. |